Saturday 28 November 2009

SARANG CINTA

Siulan bayu dingin terasa;
Jiwa yang matang berdarah muda;
Rindu dendam ini terpendam dalam;
Dalam kelam menyelam suram....
----------------------------------
Bingitan telinga jeritan bergema;
Bertukar sunyi saat tiada;
Sedetik bagaikan berkurun lamanya;
Apatah tanpa berita,tanpa suara....
----------------------------------
Sarang cinta yang terjaga;
Kini rapuh! Rapuh kerana hilang kepercayaan;
Gigitan asmara itu;
Tidak memberi kesan hangat padaku....
----------------------------------
Atau mungkin...
Pisau fitnah akan merobek sarang cinta;
Mahligai yang kita bina bersama;
Dengan penuh asmara dana....
----------------------------------
Jika berlaku...keabadian cinta itu akan gundah;
Berdarah..........
Dan...................
BERPISAH...
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
daripada:pena berdarah

No comments:

Post a Comment